Camping @ PD
** the below post will be in BM (and some english la of course) This post is the final completed post**
Khemah perempuan
Bebudak tag reban ayam telah membuat plan untuk pegi camping ujung minggu lepas. Mula-mula ingat tak jadi sbb mcm ramai tak pegi dgn alasan in laws nak dtg umah la, kena jaga anak la, kena stay kat lab sampai malam lah, berbadan dua lah, bf tak bagi kuar umah memalam lah, etc etc.Sib baik jadi juga.
Para hadirinnya : Delinn, Poi dan 2 anak, Anne (yg dtg jauh dari singapore) ngan 2 anaknya, OB, Alangz + 3 gundiks (Nurul, Ita & Yat), Serindit + scandal (Aishah), Par yg takde scandal ke ada tapi tak bawak?, Me + Afdzal + kawan (Daniel).
Patutnya jumpa derang kul 3.30pm kat Putrajaya but oleh kerana ayah I tgh pakai keta pegi class dier, so I terpaksa la meredah jam kat SS2 utk gi tukar keta dan meredah jam ke Damansara utk amik mamat dua org tu. Pastu amik plak si Poii kat bkt subang. Sib baik tak jauh sgt umah dier. (Sorry poi u tunggu lama – janji nak amik kul 2.30 tp last2 amik kul 3 lebih).
Sib baik smua benda poi leh letak dlm boot keta sbb ada tilam nipis (nie mak yg suh bawa), dua water dispenser berisi air kosong, khemah 3 bijik (satu poi nyer, dua Daniel nyer), aku ada bag medium sized satu, dua org laki tu bawa bag kecik, aku rasa poi bawa 2-3 bag tambah plak ngan truck2 dan scoop2 pelbagai.
Anyway derang yg lain smua senyap giler masa drive ke sana (silap..bukan aku drive..tapi afdzal drive :P) so aku ngan afdzal dok borak2 jek, singgah caltex jap – isi minyak, isi touch and go, isi perut ngan jajan gula2 dan buang isi pundi kencing.
Par, Dit & Afdzal mulakan BBQ
Sampai sana time petang (tak sure la kul brapa exactly) pastu tgk bbq pit smua dah set up ngan charcoal dah membara, khemah siap dipasang, tali utk gantung baju dah ready diikat (ke mmg dah ada?). So bebudak laki yg naik keta aku mula la pasang khemah dengan pertolongan aku….yer aku pandai pasang khemah sendiri :P (puji diri skit..kalo tak..manade org nak puji..kan kan?)
So lepas unpack smua benda dan amik2 gambar kejap, Alangz dan I turun masuk ke laut. Bak kata alangz “budak2 tak masuk.. biasala kan..kalau bebutak tgk air jam-jam tuh lagi derang nak terjun.” Lepas tu baru la satu2 teruja gak nak masuk air, menghayati pemandangan matahari terbenam (poi siap ingat balik time2 jiwang dier ngan cik asben masa mula2 dating dulu).
Sunset at PD
Lepas dah puas mandi manda dan amik2 gambar kita pon pegi mandi kat toilet yg ada kat sebelah camping site tu. Toilet tu bersih tapi bilik mandi dier tu takde pintu. Tutup ngan canvas jek, so kalo mandi bogel kat dlm leh nampak skit dari tepi2. Susah tul nak mandi. Bilik tandas yg ada toiletbowl tu ada ler pintu so I mandi kat dlm tandas tu jek.
Lepas smua dah abis mandi, ayam panggang, sosej ayam dan sosej ada lemak cheese- semua dah dimasak dan makanan lain – meehoon yg poi bawa, sardin, roti, ayam golek (lagi?!?) dan rambutan yg dit bawa (ke beli dari tepi pantai tu jek?) – smua dah sedia dihidangkan, so kita ramai2 duduk atas tikar makan.
Sesi makan2 dan suai kenal
Sambil makan ada lah sesi suai kenal, introduce-introduce nama, nama scandal dan mcm mana leh masuk tag. Then si Angah ngan Wan dtg pastu cik asben (laki Poi) pon dtg singgah. So mulalah sesi gossip dan kutukan sikit2. Lepastu clear tikar sikit, masukkan dlm tent extra (tempat simpan makanan) dan gegundik alangz masuk tido.
Afdzal ngan Daniel merajinkan diri cari kayu api dan buat unggun api kecik. Then terjumpa plak newspaper so terfikir nak main roket/apollo/parachute. Tatau ek apa benda tu? Alar, suratkhabar yg dilipat then dibakar tepi2 sampai dier terbang ke udara. (Takper, delinn pon tak penah dgr benda tu).
Lampu pelita yg menemani kita sampai pagi2 buta
Lepas tu alangz masuk tido kul 2 lebih, tinggallah Par, Dit, Linn, Poi, OB, Anee & aku borak2 dan pecah kongsi2 rahsia. Then bila dah takde benda nak borak, kita ada sesi dedicasi lagu-lagu dari henpon Delinn. Dah over sangap ler tu.I think semua tido around 4am. Tapi i rasa mcm kurang selesa tido kat tempat terbuka so dalam kul 5 lebih I pegi kereta, amik tilam (yg mak suh bawa) dan masuk dlm khemah yg kosong dan tido dgn nyenyaknya. Takde nyamuk dan takde org tgk2 i tido terbongkang. LOL!
Khemah I – chomel kan?
I bgn dlm kul 8 ke 9 am then gi berus gigi pastu trus lompat masuk air. Pergghh bestnye pepagi dah terjun dlm laut. Air tu takde ler sejuk sgt…rasa cool jek. Sambil OB, Linn & I dok main2 dlm air, Alangz dah bizi nak masak nasi lemak, sambal, telo dibantu oleh gegundiknya utk potong bawang, potong timun. Then tak lama kemudian nini pon sampai dengan nasi lemak dan mee goreng. Ohh sedap sambal yg nini masak {Edit: Silap..rupanya alangz yg masak sambal}. Nini masak nasi dan mee jek. Nasi yg alangz masak pon sedap. Poi bantai 2-3 piring rasanya.
Lepas makan, kita semua masuk dlm air lagi. Mandi manda. Pastu ternampak plak banana boat ride. Mcm best jek. OB ngan I tak penah naik. Nini mcm teruja nak naik. Dier yg cucuk org utk naik so 7 org naik – Nurul, Yat, Nini, OB, Dit, Afdzal & I = RM60. Best naik benda tuh..angin meniup rambut
Banana boat ride
Setelah puas main air, main pasir, makan icecream, makan2 dan dok borak2, semua mula mengemas barang sikit2. Pastu beratur gi tandas sbb memasing nak mandi. Ish teruknye tandas tu. Sbb dah desperate, I selamba jek mandi kat dlm bilik air yg ada canvas sbg pintu, tapi asyik pandang belakang jek sbb takut org skodeng. Haha!
Walaupun dari segi makanan terdpt terlalu byk ayam (salah I gak sbb bawa ayam golek…haha dah tatau nak bawa makanan apa gi) dan terlalu byk jajan – kek, kacang, asam2 dan time mlm tu boring skit sbb tatau nak buat apa, camping kali nie mmg best giler. Total cost utk makanan+sewa campsite (RM24) tambah ngan banana boat (RM8) minyak dan tol (RM40-50) kira quite murah. Dan yg penting…mmg BEST!
Group pic
Dan I berterima kasih byk2 kat alangz sbb menganjurkannya dan laki2 lain yg telah membuat kebykan kerja – memasak, mengemas, dll. Thx kat A yg bawa keta :P Thx kat Poi yg tong2 minyak dan tol.Post dari org lain yg pegi:
Alangz
Delinn
Anne Singapore – Part1, Part2 & Part3
Sempoii
Nini
Gegambar kat sini
Last shot di PD sebelum balik
4 Comments
Alangz
Waaaaa……
“Ohh sedap sambal yg nini masak”… bila masa lak nini masak sambal?.. nini masak nasik lemak (dalam piuk besar) & mee goreng jerlahhhh….
Sambal alangz masak occey :-p tak kira.. nak gak amek credit ittewwww… wakakakakakaka
Next round leh buat lagi.. kita gi east coast nak?… kuantan?.. air dia bestttt.. hehehee…
mixterr
wahh bestnyer camping… tp gambr x dpt lihat dengan jelas.. terlalu kecik ..hehehhehe
IcedNyior
@Alangz
I dah tukar dah :P
@mixterr
Ada byk lagi gambar yg besar2 kat sini >> http://picasaweb.google.com/NurDeLinn/TaggersCampingPortDickson140707
naz
nak tnye utk dapt kan sewa khemah kat kuantan mcm ne ek?? kat ne tempat nak sewa tu… plx reply kat email sy.. guna tajuk khemah..
rewsa1123@yahoo.com