Blogging,  Musings

Kisah Oh! Artis dan Oh! Islam

Semalam terbaca kat twitter yang Oh!Media Network – team/pemilik disebalik Oh! Artis, Oh! Cun, Oh! Tweet, Oh! Tidak & Scukz – membangunkan satu lagi website. Siapa yg tak kenal dengan website Oh! Artis yg penuh dengan gossip2 artis berserta gambar-gambar yang didapati dari pelbagai sources demi mengkukuhkan lagi gossip2 tersebut.

Kini muncul pula website bertajuk Oh! Islam yang menurut page ‘Kami’ = “Allah SWT telah menggerakkan hati kami untuk membangunkan web berunsur ilmiah seperti ini….Semoga kewujudan website ini memberi manfaat dan syafaat kepada semua yang membacanya.”

Tapi, timbul satu persoalan yang telah ditanya kepada Khai, pemilik di sebalik Oh! Tweet melalui twitter. Sila tekan “Click to show spoiler” utk membaca perbincangan tersebut.

[spoiler]

Tweet2 aku tak dpt dibaca sbb dah set ‘protected’ so letak screenshot je k? Click # di akhir setiap tweet untuk link ke URL tweet tersebut.

ohtweet_1

aisyahkama @icednyior good question. keep playing on my mind @ohtweet, jwb jgn x jwb. :) #

JerungPerkasa RT: @aisyahkama: @icednyior good question. keep playing on my mind @ohtweet, jwb jgn x jwb. :) – samala ng kawe.. hehe #

chempaka @icednyior @ohtweet Curious nk tau: apa yg dicapai dgn buka web agama ohislam & web gosip ohartis/ohcun pd masa sama? – nak tau gak #

khairul @icednyior Ayat memang sentiasa direct dan tepat ke batang hidung, huhu. #

ohtweet_2

ohtweet_3

xfahmix @icednyior "agama untuk agama.. dunia untuk dunia. kene seimbangkan." I am really sorry but this answer does not make any sense at all. #

khairul @icednyior @ohtweet Well, that’s an confusing answer to me. Pretty much, not like an answer at all :/ #

xfahmix I could not agree more > RT @khairul @icednyior @ohtweet Well, that’s an confusing answer to me. Pretty much, not like an answer at all :/ #

ohtweet_4

icednyior @ohtweet twitter ada 140 char je la. kan dah bagi link ke full tweet.

ohtweet @icednyior i see.. sorry for that :) @khairul boleh rujuk di sini http://ohislam.com/kami time kasih :) #

ohtweet @icednyior ohcun tu takde ape2 yg salah. tp i know OA mmg perlukan perubahan. itu yang sedang dilakukan sekarang. gimme time bebeh @khairul #

[/spoiler]

Tak lama lepas tu, Khai pon menge-tweet yg dia telah menulis satu post utk menerangkan jawapan kepada persoalan kami dalam blognya – “Bermulanya satu anjakkan paradigma Oh Islam

Summary: Khai menerangkan bahawa dia telah mendapat “nur” utk bangunkan Oh!Islam dan terdapat dua sebab kenapa Oh! Artis (OA) tak ditutup:

1. Team disebalik OA, hosting yg disponsor & client pengiklanan yg ramai

2. OA di katakan web gossip yg tak berunsurkan fitnah kerana artikel OA berkualiti + ada gambar sbb bukti.

Khai juga berkata bahawa article OA akan lebih berisi dan istiqamah & tiada lagi gambar artis berbikini.

So, apa pendapat awak?

Komen: Sebenarnya, rasa agak dissapointed dengan komen2 pembaca Khai di mana soalan yang simple, curious dan honest dikatakan “menjatuhkan”, “kondem tapi tak pandai buat”, “susah nak tgk melayu tak dengki melayu”.

Khai sendiri pon tak cakap mcm tu, malah memberi explaination dengan baik dan clear dan aku accept je penerangan dia.

Yang ko org plak, sibuk cakap memacam. lol! kelakar la weh!

21 Comments

  • xfahmix

    I am not here to condemn other people efforts in da’wah nor to belittle the effort of the owner. ‘Amar Ma’ruf’ and ‘Nahi Mungkar’ always come hand in hand.

    Imho, the effort of the owner is something that should be given credit to however the methodology is a bit off track. We should never condemn on people on doing good deeds however by sustaining OA and establishing OI is conflicting.

    It’s not about whether you monetize from the site or not but it is more on Islamic principal which should be taken as a whole and not partially.

    to IcedNyior , kudos for the courage on raising this question and don’t waste your time and emotions on those negative comments. Pardon them for the comment that lack in substance coz their judgment is clouded by rage.

    From hadeeth:

    Anas r.a. berkata: “Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud): “Sesungguhnya diantara manusia itu ada yang menjadi pembuka untuk kebaikan dan penutupan dari kejahatan, dan ada juga manusia yang menjadi pembuka kejahatan dan penutupan kebaikan, maka sesungguhnya untung bagi orang yang dijadikan Allah s.w.t. sebagai pembuka kebaikan dan binasa bagi yang dijadikan Allah s.w.t. pembuka kejahatan itu ditangannya.”

  • sankai

    lama tak komen sini…
    jadi silent reader je..
    (i still read your blog ok.!!)

    i have no komen about the the websites or who the owner was.

    But i do like your question.
    btw, i have my own perspective in OA and OI…

  • Fatin Pauzi

    Aku tahu pasal kewujudan Oh!Artis and aku jarang follow. Then, bile aku tahu wujud Oh!Islam, aku tak nampak Oh!Artis. Mungkin kite leh pandang niat murni orang dengan bersangka baik tanpa perlu meletakkan sangkaan buruk di sebalik niat murni dia tu.

    Well, ni opinion aku.

    Tapi, pasal statement dunia untuk dunia, agama untuk agama, aku pn ade tak setuju gak. Mungkin lain owner nak maksudkan, tapi salah beri ayat.

  • ejam

    bg ejam ler camnie jer senang.
    dlm OA menunjukkan dan mendedahkan akan betapa tidak berilmunya artis kita dan betapa lalainya mereka mengejar dunia.
    ditunjukkan bukan utk diikut tetapi dijadikan teladan agar tidak lari jauh dari batas2 agama.
    jika mereka kurang ilmu agama maka tuntutlah ilmu tersebut.

    OI pula menerangkan dan memaparkan balasan dan kuasa Allah kepada manusia dan setiap makhluknya.
    sekarang setiap balasan adalah cash dan tidak perlu tunggu hari pembalasan.
    jika artis itu sedar betapa teruknya mereka maka rujuklah OI utk dapatkan sedikit ilmu dan diharapkan dapatlah berubah ke arah yg lebih baik.

    niat khai tu baik, andai kata OA dan OI perlu disamakan maka tidak sampailah apa yg baik itu.
    memang akan ada percanggahan jenis info OA yg lebih duniawi tapi jgn lupa OI juga merupakan persediaan dunia utk akhirat.

    jadi berfikir dgn cara tenang dan tenteram agar tiada campur tangan iblis dlm membuat penilaian.

  • Khai

    Terima kasih fiona di atas soalan tersebut. Dan ianya dah cuba diperjelaskan dengan lengkap di Justkhai (ada link kat atas tu). Harap ianya cukuplah menjawab apa yang bermain di fikiran.

    Ironinya, kewujudan Oh! Artis dah lebih kurang 1 tahun dan Oh! Islam masih lagi 3 hari. Harap jangan letak sebarang titik noktah buat masa sekarang. Masa masih panjang dan nanti sesiapa sahaja tahu apa hikmahnya.

    Oh! Artis juga digunakan sebagai batu loncatan bagi menyebarkan Oh! Islam itu sendiri. Kebanyakkan sahabat2 kita di luar sana, lebih berminat membaca mengenai dunia hiburan setiap hari berbanding dgn web berunsur agama dan ilmiah. Kini, setiap pembaca Oh! Artis, berkemungkinan juga akan membaca Oh! Islam itu sendiri dan selebihnya, tepuk dada tanya iman.

    Perkara macam ni memang dah dijangka since Oh! Islam ni sebuah web yang berkaitan religion. Bukan perkara kecil yang boleh dipandang remeh temeh.

    Mengenai “dunia untuk dunia, agama untuk agama”, frankly speaking bukan itu maksud sebenar saya. Terus terang apa yang saya ingin maksudkan adalah apabila kita membaca sebuah web ilmiah agama, maka dengan jelas web tersebut menjurus kepada kesedaran mengenai kehidupan di akhirat kelak.

    Dan dunia untuk dunia seperti Oh! Artis yang apabila di baca, maka cukuplah sekadar menganggapnya sekadar hiburan duniawi sahaja. Bersesuaian dengan slogan Oh! Artis itu sendiri iaitu “Sekadar Hiburan Duniawi”.

    Selamat maju jaya :)

  • mrkay

    dah lama aku teringin bagi pendapat pasal OA.. ini ikhlas.. hope khai tak terasa dengan komen aku.. well, setiap org ada pendapatkan?

    Bagi aku, aku kurang menyokong OA. walau apa pun alasan yg diberikan, bg aku, OA tetap membuka aib orang lain. Aku juga berjiwa seni, pernah bergaul rapat dengan orang seni, penah bekerja bersama-sama orang seni. Tapi aku tak suka baca hal orang itu minum, orang ni terkinja-kinja. aku lebih suka diam dan doakan mereka berubah. kalau yg mana rapat, aku tegur. tapi utk sebar2kan, tidak sama sekali. Jika aku baca ruangan hiburan sekali pun, aku cuma ingin baca filem baru, teater baru, album baru, perkahwinan, dapat cahaya mata dan yg seangkatan dengan nya. aku tak suka amik tau pergolakkan rumah tangga artis, hal perangai buruk mereka atau apa saja yg seangkatan dengan nya. Setiap orang ada kekurangan dan kelemahan masing2. Artis tak terlepas dari semua tuh. Aku pernah bersama mereka. Aku pernah bergaul dengan mereka. Aku tau apa yang mereka rasa. Doakan saja mereka.

    Apa pun, kewujudan OI ni, aku sokong. Tapi aku harap Khai jaga betul2 artikel yg akan dikeluarkan di sana. pastikan tidak ada yang menyimpang dan terpesong. Hal Agama bukan hal remeh. Terpesong artikel, boleh menyebabkan terpesong Akidah. Terpesong akidah, dosanya terlalu besar. Aku akan menyokong OI. Tahniah Khai!

  • Khai

    Suka untuk mengatakan (juga apa yg artis katakan), tanpa media siapalah mereka. Asam garam menjadi artis itu naik dan turunnya bukan semata kerana bakat, tapi adalah kerana media yang menulis mengenainya.

    Jadi setiap kebaikkan dan keburukkan yang mereka lakukan, bukan suatu yang pelik jika di’cover media. Untuk menjadi artis, itulah perkara yang patut mereka pikirkan awal-awal kerana jika baik mereka, baiklah tanggapan orang. Dan jika buruk perangai, buruklah tanggapan orang.

    Bukan mudah nak jadi role-model. Keburukkan mereka jika tidak ditegur atau dihentikan, boleh berjangkit dalam darah daging masyarakat. Kerana mereka menjadi ikutan.

    Kalau sekadar nak mendoakan mereka, mmg takkan jalan. Macam juga cari rezeki. Berdoa hari-hari tapi tanpa usaha, duit takkan jatuh dari langit.

    Banyak artis yang sedar selepas perangai mereka diketahui umum. Mungkin ianya cara paling keras dan drastik, namun tiada pilihan lain.

    Nak pergi depan-depan dia kasi nasihat? Kalau pipi tebal tahan penampar, boleh la. Hehehe.

    Apapun seperti yang dah diberitahu, jgn letak titik noktah dulu untuk Oh! Artis ni. Akan ada perubahan dalam sedikit masa lagi dan seterusnya.

    Lonely Soldier Boy in act!

    thanks mr kay untuk nasihat itu juga. Always take note lah! Terima kasih juga di atas sokongan anda.

  • megat

    pendapat aku sama seperti mr kay. tapi aku ambil langkah lebih terbuka.

    tidak semua orang suka apa yang kita lakukan tapi usaha untuk mantapkan diri dalam apa arena tetap menjadi panduan.

    sekurang-kurangnya aku tahu khai membuka mata bahawa orang kita memang suka akan dunia seperti OA. nampak bukan? ia membantu khai.

    dalam sudut lain pula, cuba fikir? kenapa tidak dikritik dunia yang telah dak dalam hiburan spt majalah-majalah?

    apatah lagi ingin menjadi spt khai yang muncul dengan teori terbarunya yang kita tahu akan memantapkan lagi usaha beliau dlm dunia blog tempatan. ;)

  • nesca

    bagi aku satu je, jangan sebab nak duit kita kekalkan benda yang tak patut. bak kata ustaz aku: matlamat tak menghalalkan cara.

    ala macam kedai runcit gak la, kalau dia jual arak, dapat je untung kan walaupun niat dia nak besarkan anak dia pastu hantar sampai gi study oversea.

    tapi berkat tak berkat bisnes dia buat tu Allah saja yang tau. tapi kita dapat agak kan, berkat atau tidak.

    aku ada singgah ohislam tadi, kalau betul niat nak sebarkan ilmu (ada banner ad-free blog tu so aku percaya la), teruskan la. benda baik.

  • arnamee

    Salam, setuju! matlamat memang tak halalkan cara.
    Tapi perlahan-lahan.perubahan tidak boleh mendadak, nanti is jadi sementara jer.

    okke, marikita sokong blog ni,sebab ia untuk kebaikan sejagat:)

  • NoktahHitam

    It was an honest question which requires Khai to answer wisely. Agama, agama… dunia dunia. That’s not entirely wrong. Unfortunately it was the lack of depth that succumb Khai to justify that way.

    Take Karangkraf for instance, they produce some nasty pics and article as well. It also contradicts their Islamic efforts. Both are their earning.

    However, I am not an avid reader of OA. I know the writing sucks and it’s basically the same picture circulating on and on the web. What more, exposes bad deeds. And I believe, as a muslim, we shouldn’t advertise that.

    About Oh!Islam, first and foremost, ARE YOU QUALIFIED ENOUGH? You see, writing about religion is something you have to be careful. If it turns out wrong, and people follow you, you will be questioned in Hell, eventhough you have changed or rectify your statements.

    Then comes peer pressure, where others know a lot more than you do and you’ll be cornered. Trust me, I know, I used to blog at tazqirah.com, writing about the life of Muhammad’s Wives.

    Anyway Khai, I am not trying to demoralize you, just wanted you to be sure of what you’re doing. Becareful and good luck!

  • Khai

    salam Noktah Hitam.

    Terima kasih di atas respon anda. Apapun, oleh kerana saya “not qualified enough” la wujudnya Oh! Islam tu. Untuk kebaikkan diri sendiri dan rujukkan orang lain.

    Apa yang saya rujuk untuk memperbaiki diri sendiri, itu yang saya kongsikan di Oh! Islam.

    Saya bukan jadi imam di masjid. Saya cuba menjadi antara salah seorang yang menyebarkan agama melalui internet berdasarkan apa yang saya ada iaitu ramai kenalan dan follower. Why not?

    Sehina-hina saya di sisi Allah, tidaklah pula tergamak nak menyebarkan ajaran sesat di website.

    Anda bila lagi?

  • Fatin Pauzi

    I think so. Khai tak kuarkan statement dia sendiri apa yang ditulis kat Oh!Islam. Saya percaya dia ambil dari sumber yang dipercayai. Khai hanya membekalkan apa yang baik kepada semua. Tak perlu tunggu kita penuh dengan SEGALA ilmu di dada, baru kita boleh menyampaikan dakwah. Kita boleh menyampaikan dan sama2 belajar dan sama2 ambil pengajaran.

    Banyak blog macam ni actually kat luar sana, tapi bila tiba time Khai yang lakukannya, kenapa ia begitu kontroversi? huhu

  • IcedNyior

    Persoalannya skrang bukan sbb Khai yg melakukannya, tetapi sebab OH dan OI bawah network yang sama.

    Kalau ada org lain yg ada web gossip & web agama bawah network yang sama, pasti persoalan sama akan timbul

  • Khai

    IcedNyior, kan bagus pertikaikan ape yang karangkraf buat (seperti kata NH). Itu network dia jauh super lagi besar dan dikenali seantero malaya.

    Apapun maaf saya katakan, saya agak pelik kenapa perlu buat artikel khas macam ni? Ibarat menangguk di air yang keruh. Kalau ada apa2 nak kepastian, boleh tanya terus ke email. antara dua pihak sahaja tiada campurtangan lain. kan lebih mudah.

    Apapun persoalan yang OA dan OI di bawah network yg sama, mengapa dan kenapa telah pun terjawab. “Khai melakukannya” atau “di dalam network yang sama” kedua-duanya tiada beza. Kalau bukan si Khai tu yang buat, tak duduk la web tu di bawah network yg sama. Kira sama la tu kan..

  • IcedNyior

    Sy tulis post ni selepas awak menulis post awak. Salah ke begitu? Malah, sy meletakkan link ke explaination ke blog awak tu.

    So how can u ask “perlu ke buat article khas mcm ni?”

  • dmch@scukz & gempak.org

    khai, aku tau sngt ngn prangai ko.. dari aku fom 2 smpai skng aku follow ko..

    tntag OI, nk bg pndpt jgk la…

    yg readers sume nie, da owg nk buat baek, bagi jela jalan, jgn nk timbulkan seribu tnda tnya.

    ingat ye, sebaik2 manusia, mesti adenye sikap atau sifat buruknye……. jadi buatkn ia sbgai pedoman hidup ye…

    majulah 1slam & melayu…..

  • oOo

    aku rasa bagussss jer oh artis tu………… yg ko nk kutuk khai tu apehal….. kalu aku buat website dah teruk dah artis2 malaysia aku kerjakan…….. khai 2 dah cukup baik, bende2 betul yg nk diselindungkan lagi buat ape…… ape yg khai buat bagus, baru peminat2 fanatik sesuatu artis tu tau perangai artis 2……. ko nk tgk ank2 melayu islam minat kat artis yg minum arak, main pompuan, pakai x senonoh…….. bai ada otak tu pikir la bai…………..

  • A4

    org wat website baik mcm oh islam pun kita nk pertikaikan…sekurang2 nyer die ad usaha nk ke arah kebaikan….yg nk kutuk2 tu cbe tnye diri sendiri..ap usaha anda lakukn kearah kebaikan?…setakat cakap ngan kutuk orang leh la….to khai..teruskan niat murni anda

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *