Puspel Syabas Water Disruptions/ Gangguan Bekalan Air 14-15 March 2012

Sorry this is a little late but there has been a scheduled water disruption on 14 March announced by Puspel Syabas. It is expected to last for 36 hours from 8:00am 14 March (Wednesday) to 8.00pm 15 March (Thursday). Please take note of the affected locations as below.

The info below was obtained from their FACEBOOK PAGE Notes here - http://www.facebook.com/note.php?note_id=382473158432566

NOTICE

This website/blog is NOT an official site for Puspel Syabas. For inquiries/complaints regarding water supply, please contact Puspel Syabas via Phone - 1800-88-5252, Twitter – http://www.twitter.com/puspel or Facebook - http://www.facebook.com/pages/PUSPEL/269414720490

NOTIS

Lamanweb/blog ini BUKANNYA laman rasmi Puspel Syabas. Untuk sebarang komen/aduan/pertanyaan, sila menghubungi Puspel Syabas melalui Telefon - 1800-88-5252, Twitter - http://www.twitter.com/puspel or Facebook - http://www.facebook.com/pages/PUSPEL/269414720490

Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) telah menerima  permohonan daripada pihak pengendali Loji Rawatan Air (LRA) Sg. Selangor Fasa 1 (SSP1), iaitu Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (SPLASH) bagi pihaknya melaksanakan hentitugas sementara loji untuk memberi laluan kepada kerja-kerja penyenggaraan serta menukar aset-aset utama yang mengalami masalah teknikal pada 14 Mac 2012 bersamaan hari Rabu.

Get more information by clicking on the spoiler >>  Click here to show spoiler

Kerja-kerja yang dimaksudkan ialah  penggantian ’Sluice Valve’ bersaiz 800mm pam No. 7 di Rumah Pam Air Mentah (RWPH), pengantian ‘Delivery Sluice Valve’ bersaiz 1350mm pam no.7 dan’Suction Butterfly Valve’ bersaiz 1450mm di Rumah Pam Air Bersih (TWPH)  dan serta kerja-kerja penyenggaraan ’Feeder’ elektrikal No.1. SYABAS telah dimaklumkan oleh  pihak SPLASH bahawa hentitugas ini perlu dijalankan segera sebagai persediaan awal sebelum menjalankan kerja-kerja penambahbaikan Pam Air Bersih untuk mencapai tahap kapasiti rekabentuk LRA berkenaan ke tahap 950 JLH (Juta Liter Sehari). Buat masa ini, loji tersebut masih belum mampu mencapai kapasiti rebentuknya dan hanya boleh mencapai pengeluaran sekitar 840 JLH sahaja dan terdapat kekurangan sebanyak 110 JLH. Justeru itu, pam-pam utama di Rumah Pam Bersih dan Rumah Pam Air Mentah memerlukan penambahbaikan bagi mengatasi kekurangan tersebut. Untuk makluman, LRA SSP1 ini membekalkan air sebanyak 840 JLH ke 7 buah wilayah iaitu Wilayah Klang, Petaling, Gombak, Kuala Lumpur, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Kuala Langat dengan jumlah akaun melebihi 220 ribu dan dianggarkan sebanyak 1.0 juta pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur termasuklah kawasan-kawasan penting seperti Zon Bebas Cukai Perlabuhan Klang, Kawasan Perindustrian Bukit Raja, Istana Klang, hospital dan kawasan-kawasan lain.   SYABAS ingin memaklumkan bahawa permintaan bekalan air di Negeri Selangor telah terus meningkat manakala rezab kapasiti bekalan air daripada 33 buah loji-loji sedia ada telah menyusut hingga ke tahap kurang daripada 3% kerana tiada sebarang pembinaan loji-loji baru yang boleh membantu meningkatkan rezab kapasiti bekalan air sedia ada. SYABAS ingin menjelaskan bahawa kadar agihan bekalan air yang boleh diagihkan pada masa ini adalah 4,326 JLH manakala kadar penggunaan bekalan air terkini adalah sekadar 4,230 JLH dan ini menunjukkan rezab kapasiti bekalan hanya 96 JLH sahaja. Disebabkan keadaan ini, hentitugas sementara LRA SSP1 yang membekalkan air berkapasiti 840 JLH akan mengakibatkan gangguan bekalan air.

Page 1 of 4 | Next page