Posts Tagged scary

Review : Jangan Pandang Belakang

Posted by on April 24, 2007  |  2 Comments

** yea yea, I watched a Malay movie, dont faint. LOL!** tag]

jgn pandang blakang [Picture cilok-ed from CinemaOnline]

I saw Alangz promoting the movie on his status on Yahoo Messenger. So i pon tanya la siapa2 pegi:

alangz: coppp.. most of my friends bukan bloggers tau..
alangz: serindit, cekedess…
me: ada laki lain yg cute2 tak
alangz: delinn blom confirm..
alangz: adaaaaaaaa…….
alangz: hahahhaaa… solo lagi…
alangz: plus me
me::))
alangz: hahahaha
me: u manade solo dah :P
me: hsemate u dtg?
alangz: datang
alangz: and my friends.. 4 org yang solo
me: cute tak?
me: tak cute tamo pegi
alangz: cute…
alangz: hehee… well.. ada 6 org solo.. leh pilihhhh

So with that i decided to pegi tgk that movie :P anyway dah lama tak jumpa serindit ngan cekedess alangz tu dah byk sgt kali jumpa..bosan dah. So i drove down to Mines, got lost a bit reaching that area (its the first time I’ve been to Mines) met up with didit, alangz and his friends. After the movie we went to lepak at a nearby shop, eating and chit chatting.

muvee.jpg
From top left (clockwise) : Bontot2, group pic, pinggan alangz yg dijilat bersih, Alangz & Coco (jgn jeles ek zure) :P

How was the movie? Honestly, i almost never watch Malay movies in the cinema (I guess this is the third after Baik Punya Cilok and Cicakman) because they suck tend to have many things lacking.

JPB actually has a good and interesting storyline but for some reason, the ‘ghost’ looked more hilarious than scary. Of course there was a lot of use of scary music and haunting scream sound effects.

However thecinematography (cewah i sound like a filming expert) was pretty expected – showing a doorway in the background where something suddenly passes by, the presence of a long-haired thing in the elevator and the over-the-shoulder shot showing a ]ghost crawling on the ground.

Oh and certain scenes of the ghost floating, u can actually see a string :P lol!

[Rating : 1 out of 5 stars]
ditcocoalangz1.jpg

p/s: Alangz, tak cute pon kawan2 u :P

Cerita Misteri Di Highway

Posted by on November 2, 2004  |  9 Comments

Guys, im sorry if u cant understand BM…….im relating a story told to me by someone else
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

CERITA MISTERI DI HIGHWAY

Kisah terjadi sewaktu aku dan kawanku Razman, dlm perjalanan pulang dari Kelantan ke Kuala Lumpur. Kereta yang aku pandu meluncur laju merentas highway Gua Musang yg ketika itu lengang

————————————————————–
Pesanan Penaja: kalau boleh, jgn drive sorang2 kat area nih!
————————————————————–

Jam ditangan menunjukkan pukul 9 malam, kami singgah di Perhentian R & R untuk berehat dan makan malam. Selepas makan kami eneruskan perjalanan yang ternyata masih jauh lagi. Sepanjang perjalanan, aku lihat Razman kelihatan mendiamkan diri sahaja. Kemudian aku bersuara ” eh Man… senyap je..asal? kenyang sangat ke?”Razman masih mendiamkan diri…. aku semakin suspen…(kenape dia nih?) kataku dlm hati…Razman bersuara secara tiba-tiba…
” Is,.. kalau aku cerita seram sikit, agaknya2 kau takut tak?” tanya Razman sambil memalingkan mukanya tepat kearah aku. Serius benar wajahnya…dia nih..lain aku tanya..lain pulak dia jawab.

“Errrr… cerita hantu ke??? eh..he..he..he… apasal tetiba je nih? citer lain takde ke? ” tanya aku kehairanan, dlm hati cuak jugak.

” takdelah..cuma, tempat kita berhenti tadi, reminds me abt satu story yg my cousin cerita kat aku dulu…..” jawabnya.

“oo..kisah benar ke? ermmm.. ok..ok.. citerlah..tak takut..

“… tadi kita berhenti kan…ko perasan tak ade satu parking space yg gelap tuh?”

“OoOooo… ..ok…. .so?”

” Dulu,.. cousin aku penah cerita,.. dalam pukul 2 pagi mcm tu,adalah sorang lelaki yg park kereta dia kat situ sbb mengantuk sangat.Actually, memula dia takut jugak, sbb dia drive sorang2, tapi masa dia memula park, adalah dlm 2-3 buah kereta lagik kat situ, so,kira adelah org jugak, takdelah seram sangat. Jadi dia pun tidolah…

Setelah beberapa jam selepas itu, dia terjaga. Suasana senyap sunyi.. Dia memandang kekiri dan kekanan, tiada satu orang pun disitu. Ternyatalah tinggal keretanya sahaja yang berada dikawasan gelap tersebut..”

Kemudian, setelah mendapati dia tinggal seorang, hati lelaki itu mula rasa tak sedap, terus dia menghidupkan enjin keretanya. Tetapi ntah mcm mana, kerana panik yang amat sangat, lelaki ini terasa mahu membuang air kecil pulak. Walaupun dia cuba memujuk dirinya utk bertahan hingga ke tempat lain, tetapi ternyata dia mmg tak boleh tahan…

Walaupun kakinya terasa berat utk keluar dari keretanya, tetapi dia gagahi juga…, angin diawal pagi meniup dingin…….terlalu dingin sehinggakan dia berpeluk tubuh. Lelaki itu kemudian berjalan ke arah tandas yang kurang 10 meter dari keretanya…..

Sedang dia berjalan, dia samar-samar terdengar bunyi tapak kaki dibelakangnya. Bulu romanya berdiri tegak, bunyi itu semakin kuat seakan-akan mengekorinya.Lelaki itu menoleh……tapi….tiada siapa di belakangnya…

Dia meneruskan perjalanan.. bunyi tapak kaki kedengaran lagi. Bunyinya tidak seperti bunyi tapak kaki manusia…..

kelekuk… kelekuk… kelekuk….. …seperti kuda. lelaki itu mula panik, terkumat kamit bibir lelaki itu membaca sesuatu… badannya mula seram sejuk…..

tiba-tiba..satu gugusan angin tiba-tiba menerpa menghembus ke mukanya….bunyi hentakan tapak semakin kuat, lelaki itu memberanikan diri untuk menoleh belakang sekali lagi.

Mahunya dia terpengsan melihat kelibat makhluk berbadan kambing berkepala manusia dibelakangnya. Wajah makhluk sungguh pucat merenung tepat kearahnya… biji matanya berlendir ,…. mulutnya seakan terbuka, kelihatan darah menitis-nitis dari mulut makhluk itu tanpa henti, matanya merah berair, … rambutnya panjang mengurai…..kulitnya mengelupas bernanah….
Lelaki itu mahu menjerit,tetapi mulutnya seakan-akan dikunci…

Makhluk itu menghampiri dirinya…setapak demi setapak dia melangkah….kakinya itu tidak dapat berganjak… dirinya bagai dipukau, tubuhnya tidak dapat bergerak…, keringat sejuk mula membasahi pipinya, dia yakin makhluk itu akan membunuhnya…..

Makhluk itu semakin mendekatinya…kedengaran dengusan nafas yg sungguh menggerunkan…. .lutut lelaki itu bergetar….

Dengan pandangan yg tajam, makhluk itu membuka mulut dan bersuara,……

DIMANA DIA ANAK KAMBING SAYA…..
ANAK KAMBING SAYA ADA DIDALAM GUA…..
DIMANA DIA BUAH HATI SAYA….
BUAH HATI SAYA,DAH KAHWIN ORANG KAYA………

ooohhhhhhHHHHH..CHAN MALI CHAN!” CHAN MALI CHAN! CHAN
MALI CHAN! CHAN MALI CHAN! KETIPONG PAYONG

“Oi! Oi!” (ader suara background lagik…..)

“CHAN MALI CHAN!” “Oi Oi “CHAN MALI CHAN!
ETIPONNNNGGGG PAYONGGGGG…oooOOOOHHHH”

Everybody!…let’s sing together!!!!!!!
CHAN MALI CHAN OI OI
CHAN MALI CHAN OI OI
CHAN MALI CHAN KETIPONGGGGG PAYONG…..

Everybody..c’mon!… clap your hand!…
CHAN MALI CHAN OI
OI CHAN MALI CHAN OI OI
CHAN MALI CHAN KETIPONGGGGG AYOOOOOONGGGGG!…

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hope you had a good laugh. I certainly did :P

P/s: Happy Belated bday to JOE~!~!

 

Switch to our mobile site